


Abah sekarang berumur 61 tahun. Telah bersara sebagai tenaga pengajar.. Awal tahun 2009 ni, dia telah dimasukkan ke hosp alor gajah akibat kencing manis yang tidak stabil dan darah tinggi selama seminggu dan kemudiannya dipindahkan ke hosp melaka untuk pemeriksaan pakar. Keadaan abah makin serius, kadang-kadang panas badan x menentu. Selepas menjalani rawatan selama 13 hari, abah dibenarkan pulang ke rumah. Tapi abah masih dibawah pemantauan doctor setiap bulan untuk memastikan kencing manisnya stabil. Setiap hari abah mengadu letih, lesu, lemah badan serta mudah penat. Sebagai anak, saya memikirkan bagaimana untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan abah. Saya minta abah mencuba pati manggis yang saya syorkan untuk mak. Hari demi hari keadaan abah bertambah sihat dan bertenaga. Sehingga catatan ini, abah masih terus mengambil pati manggis ini. Depan rumah abah tu adalah tanah sekangkang kera. Fikir-fikir, boleh juga diusahakan sikit-sikit. Boleh jugak jadi aktiviti riadah abah hari-hari. Sambil keluar peluh, ada juga nampak hasilnya. Mula2 Cuma beberapa anak pokok pisang. Sekarang dah melarat hobinya dengan pokok2 nanas. Dah lebih 1000 pokok abah tanam. Kesihatan abah bertambah baik sehingga doctor melaporkan kencing manis dan darah tingginya telah stabil. Harap-harap abah terus sihat… Kalau ikutkan masa sekarang, duit memanglah terlalu penting. Almaklumlah… kegawatan era 2009 ni. Tapi kalau x sihat, macammana nak buat kerja… Kesihatan mestilah diutamakan.. (Sori… saya bukan doctor, Cuma berkongsi untuk mengingatkan jer)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan